Monday 14 November 2011

566 hari mencari cinta .



Assalamualaikum , HI PEOPLE . . .

Okayy korang nampak tk novel nie terus terang lah nk kate kan sue dah jatuh cinta ngan hero dlam novel nie name yerr singkatan kid , sepenuh yerr keyrill benjamin . Wahh suka ak ngan kid nie . Mesti korang fikir kan sue nie gile . Hhaha . Kesahh pulak ak kan . :P . Memang best , best sangat . But friend ak kate novel nie tk best . Bile sue bace smpai habis , nie lahh jadi yer r smapi dah jatuh cinta bagai kat kid nie . Klau lah kid nie wujud kan , heyy memang ak jadikan kd nie suami ak . Hhaha , kempunan lah ak kan . hehhe . Okayy mari kite bace die punyerr sinopsis .

Sinopsis:-

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

Jika nak baca 566 HMC dari Bab 1 - Bab 20 layari lanalia.blogspot.com dalam P2U hanya ada sampai baba 15 sahaja sebab citer ni telah diedit dan diubahasuai sepenuhnya. Ramai yang ternanti-nantikan kesudahan cerita ini. Siapa lelaki yang akan menakluki hati Firdayu? Ianya menjadi tanda tanya.