Friday 25 November 2011

Percintaan Adam ♥ Hawa .

Adam terpikat pada rupa hawa yang jelita,yang bagaikan kejelitan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi dilihat adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta,yang tiada taranya dalam sejarah ,iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga .adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri-puteri paling cantik dari segala yang cantik ,yang paling jelita dari segala yang harum.suaranya membangkit rindu gerakan tubuhnya menimbulkan semangat .kata-kata yang paling segar didengar adam a.s ialah tatkala hawa mengucapkan kata terputus-putus: "aku...aku..aku, dijadikan untukmu !".


kata-kata itu nikmat menambah kemesraan adam kepada hawa .adam a.s sedar bahawa hikmat itu datang dari tuhan.ia tahu bahawa allah s.w.t itu cantik , suka kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada tuhan.jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian dengan mengenali cinta kepada pencipta .dengan keyakinan demikian adam a.s menjemput hawa dengan berkata: " kekasihku .ke marilah engkau ! " suaranya halis penuh kemesraan .idalam sanubarinya , tak dapat menyangkakan bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa adam a.s tidak putus asa.ia tahu itu bukan dosa .ia tahu membaca isi hati.ia tahu bukannya hawa menolak,tetapi menghindarinya itu  suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi.ia tahu bahawa di balik "malu "  terselit " rasa malu " .


kerananya ia yakin pada dirinya bahawa hawa diperuntukan baginya .naluri insanya bergelora.Tatlaka sudah dekat ia pada hawa serta hendak menghulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba2 terdengarlah panggilan ghaib berseru " hai adam...tahanlah dirimu ,pergaulanmu dengan hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!" Allah swt ,yang maha pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hambanya yang saling memerlukan itu , sementara diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama dibawah pohon " syajarah Thuba " , menjadi saksi atas pernikahan Adam dan hawa .


Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan Allah swt berfirman: "  segala puji adalah kepunyaan ku , segala kebesaran adalah pakaian-ku segala kemegahan adalah hiasan-ku dan segala makhluk adalah hamba-ku dan dibawah kekuasaan-ku menjadi saksilah kamu wahai para malaikat dan para penghuni  langit dan syurga bahawa aku menikahkan hawa dengan adam , kedua ciptaan-ku dengan mahar , dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertamid kepada-ku!"